Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri

Hi semua :)
Hari ni nk citer psal bunuh diri or kalo Hilda Hizam panggil suicide.
Alkisahnyer gini, semalam kecoh la ada orang nk bunuh diri kat kbmall. Dari tingkat atas ke bawah. Of course la ke bawah, bukan ke atas. Iye dak? Ok, back to topic! Ramai la abg2 bomba datang include la abg2 polis ngn abg2 ambulance untuk menyelamatkn si gadis ni. Lg kecohnyer lg ramai yg menonton adegan ni nak si gadis ni jatuh dengan memberi kata semangat supaya terjun. Pelik2 tul la manusia ni. Dengan berani nyer sorang abg bomba ni terjun ke arah si gadis ni, nk menyelamatkan lah kononnyer tp si gadis ni tekad dah nk terjun. Huru hara jdnyer. Nasib baik abg bomba ni sempat pegang tangan si gadis ni. Berlakulah sedikit pergaduhan, tolak menolak antara abg bomba dengan si gadis ni. Ape lg, si gadis dengan beraninyer menolakkn dirinyer ke bawah. tp x jatuh lg ye kwan2.Adoi si gadis ni pun, bersyukur la abg bomba ni nk menyelamatkn awak. Ni tidak, tolak nyer abg bomba tu. Nasib baik x jatuh. Kuat punyer abg bomba tu pegang tanak kasi jatuh sbb x siap lg preparation kat bwh ni nk selamatkn si gadis. Lame jgk la adengan pegang memegang ni berlaku.Maybe abg bomba ni dh x tahan, lalu terjatuh la gadis tersebut. Tapi x mati ye sbb kat bwh abg2 bomba yg lain dh buat preparation tp mmg mendebarkan la sape2 yg dpt tgk LIVE. Lg syok dari tgk bola sepak wa ckp sama lu!



Bkn ape lah kan, ape hal la si gadis tu nk bunuh diri. Kalo ada masalah pape pun boleh bawak bincang. X kan smpai nk bunuh diri. Iye dak? MUNGKIN lah kan, MUNGKIN la die pk kalo mati tade nk fikir masalah dah tp die x terfikir ke ada kehidupan lepas mati? Fikir2 dan renungkan lah! :)

Oklah Sayang,tu je lah gosip untuk hari ni.. Chaou Bedah! :)

Taman Cinta Kasih ~ Bab 1~


Hari ini merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup ku. Aku melonjak kegembiraan kerana aku diterima bekerja di Busana Holding Snd Bhd walaupun jawatan ku tidak lah setinggi mana. Hanya sebagai seorang setiausaha kerana aku hanya lulusan Spm sahaja.
“Ayah..!! Ibu..!! Tengok ni…!”
Aku menjerit sekuat hati apabila membaca surat yang memberi aku inspirasi untuk mencapai impianku.
 “Kau ni kenapa haah..?! Menjerit tak tentu pasal ni. Dh gila ke anak awk ni Munah..?!”
Aku hanya tersenyum dan terus memeluk ayah dan ibuku. Ku tahu ayahku akan gembira mendengar berita ini.
                “Ina dapat tawaran kerja yah..! Yang Ina apply dulu..! Ingat tak..?! Yang Ina ke K.L dengan Mak Su tu.. Alaa……Ayah ni… Papepun, Ina dah dapat keje…!!! Yahoooooooooo……!!!!!!!!!!!!!!! Aku dah dapat keje..!!!!!!!!!”
                “Alhamdululillah nak.. Tapi Ina nak duk kat mana nanti kerja nanti..?”
Aku hanya terduduk dan berfikir sendirian. Mak Su sudah berpindah dan sekarang menetap di Gombak tetapi syarikat ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur.
                “Tak pe bu, nanti Ina fikirkan. Lagipun, boleh menumpang rumah Mak Su.”
Aku memasuki bilik usangku dan membaca surat tawaran yang dari tadi tidak lepas dari tangan kananku. Terbaring di atas katil memikirkan kehidupan yang bakal dilalui sebentar lagi. Minggu depan aku akan ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki bagi keluargaku. Aku merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Terlalu berat untuk aku meninggal kan mereka di kampung namun ku gagahi juga.
                Aku mengemas segala keperluanku untuk memulakan kehidupan yang aku rasa begitu mencabar untuk gadis kampung sepertiku. Ibu memasuki bilik ku dan terus duduk di sebelahku. Aku tahu ibu sedang memikirkan tentang pemergianku nanti.
                “Ina…..”
Lemah suara ibu ketika memanggil namaku. Aku tahu tentu ada sesuatu yang begitu penting untuk diberitahu kepada aku. Aku hanya mendonggakkan kepala dan memandang ibu dengan wajah yang sedikit sedih.
                “Ni ada sikit duit untuk Ina belanja kat sana nanti. Ini je yang dapat ibu bagi nak. Yang lain, ibu tak dapat nak bagi..”
Aku hanya memandang dan tiba-tiba air mataku minitis tanpa di pinta.Aku tahu, keluargaku bukan dari golongan berada yang senang tapi aku akur dengan ketentuan takdir. Namun aku bersyukur mempunyai keluarga yang begitu menyayangi aku.
                “Bu,tak pe lah.. Ibu guna la duit tu untuk perbalanjaan harian bu.. Ina dah ada sikit duit yang Ina simpan dalam tabung tu.. Rasanya cukup untuk pemergian Ina ni..Ibu jangan la risau..”
Air mata ibu terus merembes keluar. Aku memeluk ibu dengan penuh erat. Aku tidak mahu ibu sedih.
                “Ina.. Kat sana nanti, Ina kena ingat tau, jangan lupa solat.. Solat tu tiang agama nak. Sekali kita lalai, lalai lah kehidupan kita. Ingat tu.. Ingat Allah selalu, jangan lekang memohon doa padaNya supaya kita dipanjang kan umur dan di murahkan rezeki dan mintak dijauhkan dari mala petaka.. Ingat Allah ye nak..”
Itu merupakan pesanan yang diberikan oleh ibu setiap masa dari aku kecil lagi.
                “Insya-Allah Ina ingat pesan ibu tu. Ibu jangan risau lah..”
Aku mengeratkan lagi pelukanku kerana bagi aku, ibu adalah segalanya dan apa yang aku lakukan adalah untuk ibu.
                “Kak Ina..! Kak Ina..!”
Ibu bangun dan berlalu pergi apabila terdengar suara dua adikku yang masih bersekolah. Setiba di pintu, ibu memalingkan mukanya dan tersenyum kepadaku.
                “Ibu akan terus mendoakan kebahagian Ina”
Ibu terus melangkah keluar dari bilikku. Aimier dan Haiza merempuh masuk dan terus memelukku.
                “ Akak, nanti akak duduk kat K.L nanti, Haiza nak pergi melawat akak..”
                “Eleh.. Padahal kak Haiza bukan nak melawat akak sebenarnya.. Dia nak ronda-ronda kat Bandar K.L tu..”
                “Biarlah..! Lagipun, Kak Ina nak bawak aku jalan-jalan..”
                “Akak, Aimier pun nak pergi K.L jugak.. Kawan-kawan Aimier semua dah pergi..Aimier je tak.. Diorang selalu cerita tentang Kuala Lumpur. Tentang KLCC la, Menara Kuala Lumpur la.. banyak sangat  tapi Aimier……..”
                “Insya –Allah, nanti akak kerja kat sana, hari-hari Aimier dan Haiza dapat datang kat K.L tu.. Tapi sekarang kene janji dua perkara dengan akak..”
                “Apa dia kak..?”
Mereka menjawab dengan serentak membuatkan aku ketawa sendiri. Gelagat mereka akan aku rindu nanti, Aku pasti.
                “Aimier dan Haiza kene janji, nanti akak dah pergi, Aimier dan Haiza kene jaga ibu dengan ayah.. Dengar kata diorang.. Jangan degil.. Satu lagi, Aimier dan Haiza kene belajar rajin-rajin, biar dapat kerja dekat Kuala Lumpur jugak.. Ok..?!”
                “Okey kak, Haiza janji..!!”
                “Aimier pun..!!”
                “Eleh..! Kak Haiza tu cakap je padahal dia pemalas kak. Selalu tak tolong ibu kat dapur.. Tengok TV je kerja nya..”
                “Aimier pun same..!Mengata orang pulak..!”
Mereke bergaduh dan itu yang mencuit hati aku dan itu jugaklah kenangan yang akan aku bawa ke Kuala Lumpur.
                “Dah.. Dah.. Jangan gaduh.. Dah..! Pergi mandi.. Dua-dua dah busuk ni..”
Mereka keluar dan pergaduhan itu ku dengar dari luar. Walaupun bergaduh, aku tahu mereka menyanyangi antara satu sama lain.
                Aku meneruskan kerjaku iaitu mengemas pakaian dan barang keperluan untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Tidak dapat ku bayangkan kehidupan yang bakal aku lalui di sana nanti. Begitu banyak perbualan yang aku dengar tentang Bandaraya yang tersohor itu.Tentang bahaya dan tentang tempat-tempat yang begitu tersegam  indah.
               
“Nur Halina Bt Mohd Zainuddin..”
Namaku dipanggil oleh seorang wanita yang keaayuannya terselah apabila dia menguntumkan senyuman. Mukanya bersih dan licin tanpa sedikit kotoran dan begitu menawan padaku.Aku hanya tersenyum dan bingkas bangun apabila namaku dipanggil untuk kali kedua oleh wanita tadi. Aku hanya tersenyum dan mengekori wanita tersebut kedalam pejabat yang begitu eksklusif dan elegan.
                “Tentu empunya syarikat ini kaya..”
Getus hatiku.
                “Silakan duduk..”
Aku hanya duduk dan tersenyum. Seorang yang layak bagiku memanggilnya ayah duduk berhadapan denganku dan mukanya kelihatan bengis dan wajah itu menjadikan aku lebih takut dan gugup untuk memulakan percakapan. Akhirnya aku hanya diam sehingga diberi isyarat oleh wanita tadi dengan menguis kakiku supaya aku tersedar dari lamunan.
                “This is my resume..”
Aku menghulurkan fail yang  kugengam kepada Dato’ Haris dan sesi perkenalan diri dimulakan.
                “My name is Nur Halina Bt Mohd Zainuddin. I came from Pahang and I’m here to interview for the secretary in front of you about myself..”
                “Ina…!”
Panggilan dari ibu menghentikan lamunanku. Aku menutup tingkap dan terus kearah ibu.
                “Ye bu…”
                “Jom makan.. Ibu masakkan lauk kegemaran Ina ni.Esokkan Ina dah nak pergi, nanti kempunan pulak anak ibu ni nak makan sambal ikan bilis dengan petai ni..”
Aku hanya tersenyum dan terus ke dapur mendapatkan ibuku. Aku mengambil pinggan mangkuk dan menyusunnya di atas meja usang yang diberi oleh Pak Cik Man tahun lepas. Pak Cik Man merupakan jiranku yang pling dekat dan Pak Cik Man yang banyak membantu aku sekeluarga.  Aku mengambil cawan dan sudu untuk di letakkan di atas meja namun kelibat adik-adikku tidak kelihatan. Mesti mereka sedang bermain di halaman rumah.Aku keluar dari rumah dan menjenguk adik-adikku namun tidak jua kelihatan.
                “Ibu..! Aimier dengan Haiza pergi mana bu..?”
Aku lantas berlari dan mendapatkan ibuku. Hatiku risau dan dadaku berdebar kencang. Biasanya, Aimier dan Haiza akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum pergi kemana-mana mahupun ke sekolah.
                “Diorang ke kedai Mak Limah.. Katanya ada sesuatu yang nak dibelinya.Ibu pun tak tahu. Ina cuba tengok kat depan tu, diorang dah balik ke belum..?”
Ina ke depan sekali lagi dan melihat kelibat dua adiknya sedang berjalan sambil menyanyi lagu dendangan M Daud Kilau. Ina tergelak kecil apabila nyanyian mereka di kritik oleh Pak Cik Man, jirannya.
                “Pinching lari la..”, Pak Man berseloroh.
                “Aimier..! Haiza..! Jom makan.. Ibu masak lauk sambal ikan bilis dengan petai.. Jom la..!!”
Kerisauanku semakin berkurangan.Aku terlalu risau tenteng kehidupan yang bakal mereka lalui semasa ketiadaan aku nanti.
                “Ayah.. Jom yah..”
Aku menjemput ayahku. AKu tahu, ayahku sedang memikirkan sesuatu tapi aku hanya mendiamkan diri. Tidak mahu dikatakan penyibuk dalam urusan orang tua sedangkan aku sudah matang dan boleh berfikir.
                “Waaah..! Bestnya lauk.. Kita makan dulu..!!!!!”, sorak Aimier.
                “Ish budak ni..! Tangan tak basuh lagi.. Pergi basuh tangan dulu..”, bebelku pada Aimier.
                “Entah Aimier ni.. Tengok Kak Haiza, cuci tangan dulu..”, Haiza mencelah membangkitkan kemarahan Aimier.
                “Orang tahu la..”
Aimier menjelirkan lidah kepada Haiza tanda protesnya terhadap Haiza. Aku hanya tersenyum dan meneruskan kerjaku dengan menyeduk nasi ke pinggan ayah dan ibu manakala disusuli dengan pinggan Aimier dan Haiza.
                “Ni cukup Haiza..?”
                “Okeyh..!”
                “Kak Haiza mana cukup tu.. Dia kan gemuk..!”
                “Aimier lagi gemuk dari kak Haiza…!!!”
Ayah dan ibu hanya tersenyum mendengar telatah adik-adikku.Selesai makan, aku mengemaskan meja dan dibantu oleh Haiza.Aku mengambil pinggan dan cawan untuk di cuci dan Haiza pula mengemas meja dan menyapu sisa yang tertinggal di atas meja makan. Itulah tugas yang dididik oleh ibu terhadap aku dan Haiza sejak kami kecil lagi. Setelah semuanya selesai, aku masuk ke bilik dan terus mencapai tuala untuk mandi.
“Ibu, esok Kak Ina nak pergi dah…. Aimier sedih….”
                “Aimier, Kak Ina pergi ke k.l tu untuk kerja, bukan suka-suka..”
                “Aimier tahu bu..”

xoxo
~Dila Publisher~

Novel

hi.. I'm starting my new day with a novel! i try to write the novel and i will publish here from 1 chapter to another.. wait and read it.. :) All from my mind.. So, minat ni membawa saya to be more kreatif.. Sy karang novel ni untuk diri saya dan anda semua..

xoxo
~Dila Publisher~

Cerita Baru *Wink2*

Hi dear... Akan start with new topic! wait for it..